
Pada hari jumaat 27 feb 2009 baru2 ni,Ayahanda tercinta Hj.Ghazali b.Mat Salleh telah kembali ke Rahmatullah pada usia 63 tahun.Beliau meninggal dunia di Hospital Kuala lipis sejurus azan subuh berkumandang.Doktor mengesahkan paru2nya dimasuki air berlebihan dimana seluruh tubuhnya menolak oksigen yang dibekalkan.Pemergiannya cukup mengejutkan kami sekeluarga namun segalanya telah tertulis dan Allah lebih menyayangi roh nya.Aku bersyukur kerana arwah abah pergi dengan tenang tanpa apa2 penyakit yang serius.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.
Aku bukan sahaja kehilangan seorang ayah tetapi seorang pembimbing dan mentor paling berharga yang sentiasa sabar mendidik anak2nya menjadi seorang insan yang berjaya dunia akhirat.Beliau ternyata seorang yang gigih dalam hidup tanpa mengenal erti letih dalam apa jua urusan semasa hayatnya.Permulaan aku belajar melukis pun dulu arwah abah yang tunjukkan dimana beliau jugak merupakan seorang pelukis komik pada era 60an...segala tunjuk ajar beliau akan kami ingat sampai bila2..Insyaallah.
Kesempatan ini,ingin aku ucapkan Terima kasih kepada rakan-rakan arwah, yang datang melawat, membantu dalam urusan jenazah dan juga urusan yang ditinggalkan arwah. Juga kepada kawan-kawan aku yang melawat arwah Abah dan menyedekahkan Yassin dan Fatihah kepada arwah, jutaan terima kasih. Terima kasih kepada jiran-jiran dan jemaah surau yang banyak membantu dan memberi semangat dan nasihat kepada aku. Terima kasih.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat buat roh abah dan menempatkannya di dalam golongan-golongan mereka yang beriman.Buat rakan2 sekalian..harap dapat sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Hj.Ghazali b.Mat Salleh..Ayahanda tercinta kami.
Amin…
AL FATIHAH…