rockatopia

Wednesday, March 11, 2009

Al-Fatihah buat Ayahanda


Pada hari jumaat 27 feb 2009 baru2 ni,Ayahanda tercinta Hj.Ghazali b.Mat Salleh telah kembali ke Rahmatullah pada usia 63 tahun.Beliau meninggal dunia di Hospital Kuala lipis sejurus azan subuh berkumandang.Doktor mengesahkan paru2nya dimasuki air berlebihan dimana seluruh tubuhnya menolak oksigen yang dibekalkan.Pemergiannya cukup mengejutkan kami sekeluarga namun segalanya telah tertulis dan Allah lebih menyayangi roh nya.Aku bersyukur kerana arwah abah pergi dengan tenang tanpa apa2 penyakit yang serius.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Aku bukan sahaja kehilangan seorang ayah tetapi seorang pembimbing dan mentor paling berharga yang sentiasa sabar mendidik anak2nya menjadi seorang insan yang berjaya dunia akhirat.Beliau ternyata seorang yang gigih dalam hidup tanpa mengenal erti letih dalam apa jua urusan semasa hayatnya.Permulaan aku belajar melukis pun dulu arwah abah yang tunjukkan dimana beliau jugak merupakan seorang pelukis komik pada era 60an...segala tunjuk ajar beliau akan kami ingat sampai bila2..Insyaallah.

Kesempatan ini,ingin aku ucapkan Terima kasih kepada rakan-rakan arwah, yang datang melawat, membantu dalam urusan jenazah dan juga urusan yang ditinggalkan arwah. Juga kepada kawan-kawan aku yang melawat arwah Abah dan menyedekahkan Yassin dan Fatihah kepada arwah, jutaan terima kasih. Terima kasih kepada jiran-jiran dan jemaah surau yang banyak membantu dan memberi semangat dan nasihat kepada aku. Terima kasih.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat buat roh abah dan menempatkannya di dalam golongan-golongan mereka yang beriman.Buat rakan2 sekalian..harap dapat sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Hj.Ghazali b.Mat Salleh..Ayahanda tercinta kami.

Amin…

AL FATIHAH…

9 comments:

TuN TeJa said...

Takziah buat En.Rambai sekeluarga...Al fatihah aku sedekahkan...amin...

afaniL said...

innalillah.. semuga keberkatan utk seisi keluarga arwah..

Kalamtimur said...
This comment has been removed by the author.
Kalamtimur said...

Takziah buat En. Rambai dan Alfatihah buat arwah bapa anda, semoga Allah mencucuri ke atas roh arwah.

oRen said...

al-fatihah... takziah atas pemergiannya..

cerpelai said...

Takziah buat pemergian Allahyarham.. Gua simpati pada Rambai sekeluarga..

gayour said...

alfatihah untuk ayah - halim yazid

lagu ni khas sebagai simpati gua atas pemergian ayahanda lu.

"ayah pergi jauh dan tak akan kembali lagi..."

RiO RaSHiD said...

sabo je soul...

sekurang2 semasa hayatnya
dia sempat tengok anaknya dah
jadik seorg yg hebat!

al-fatihah...

Pembicara Internet Marketing said...



Sangat berharap, semoga web ini menjadi web yang terdepan dalam menyajikan informasi yang mencerahkan.

Teach me to Fly!!

Teach me to Fly!!
cartoon music
Powered By Blogger